SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 12,000 dari negara risiko tinggi tiba di S'pura tanpa jalani ujian Covid-19 sebelum berangkat

Lebih 12,000 dari negara risiko tinggi tiba di S'pura tanpa jalani ujian Covid-19 sebelum berangkat

Jan 4, 2021 | 7:33 PM

Lebih 12,000 dari negara risiko tinggi tiba di S'pura tanpa jalani ujian Covid-19 sebelum berangkat

Sehingga kini, sekitar 100 antara mereka telah diuji positif Covid-19, dan tiada antara kes berkenaan telah menyebabkan penularan dalam masyarakat. -
Sehingga kini, sekitar 100 antara mereka telah diuji positif Covid-19, dan tiada antara kes berkenaan telah menyebabkan penularan dalam masyarakat. - - FOTO: MARK CHEONG

LEBIH 12,000 pengunjung dari negara atau rantau berisiko tinggi - kebanyakannya warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) - telah memasuki Singapura tanpa ujian sebelum keberangkatan dari 18 November hingga 27 Disember lalu, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, pada Isnin (4 Jan).

Sehingga kini, sekitar 100 - atau 0.85 peratus antara mereka - diuji positif Covid-19, dan tiada antara kes berkenaan telah menyebabkan penularan dalam masyarakat, kata Encik Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi mencegah Covid-19, lapor The Straits Times (ST).

Meskipun Singapura telah memerlukan semua pengunjung yang bukan warga setempat atau PR dari negara risiko tinggi untuk mengambil ujian sebelum keberangkatan sejak 18 November lalu, warga Singapura dan PR tidak diperlukan menjalani ujian tersebut, kata Encik Wong dalam satu kenyataan menteri.

"Kami tidak mahu meletakkan halangan tambahan bagi mereka untuk pulang ke rumah sekiranya mereka mempunyai keperluan kecemasan untuk berbuat demikian," kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg