Topic followed successfully
Go to BHkuLebih 15,000 majikan bakal terima bayaran JSS $3b
Lebih 15,000 majikan bakal terima bayaran JSS $3b
Lebih 15,000 majikan bakal terima bayaran JSS $3b
BERMULA 30 Mac, lebih 15,000 majikan akan terima pembayaran sekitar $3 bilion di bawah Skim Sokongan Pekerjaan (JSS) dalam subsidi gaji.
Pembayaran tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 2 juta pekerja setempat.
Majikan yang telah membuat sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pekerja setempat bagi September hingga Disember 2020 menjelang tarikh akhir yang ditetapkan akan layak menerima pembayaran, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (25 Mac).
Dengan pembayaran ini, lebih $24.5 bilion dalam sokongan JSS telah diberikan sejak skim tersebut diumumkan pada Februari 2020.
Untuk pembayaran yang akan datang pada hujung Mac, majikan akan menerima sokongan hingga 50 peratus bagi $4,600 pertama dari gaji bulanan kasar yang dibayar pada September, Oktober, November dan Disember 2020.
Majikan di sektor paling teruk terjejas iaitu penerbangan, aeroangkasa, dan pelancongan akan mendapat sokongan 50 peratus; sementara mereka dalam perkhidmatan makanan, runcit, seni dan hiburan, pengangkutan darat, serta laut dan luar pesisir akan mendapat sokongan 30 peratus. - The Straits Times

