LEBIH 1,900 pekerjaan telah ditawarkan dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (2 November).
Bagi setiap 10 pekerjaan yang ditawarkan itu, lapan jawatan ditawar untuk golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), lapor The Straits Times (ST).
Ia merangkumi 98 peratus daripada 1,940 pekerjaan, pelatihan dan tawaran penempatan kerja yang disediakan sejak hujung September lalu, kata MOM dalam laporan pekerjaan mingguannya.
Sebanyak 1,620 pekerjaan untuk pekerja PMET itu termasuk jawatan guru prasekolah, pemimpin pusat dan pengurus perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
Baki 290 pekerjaan yang ditawar pula bagi pekerja bukan PMET.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg