SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 40kg dadah dirampas CNB

Lebih 40kg dadah dirampas CNB

Apr 19, 2021 | 5:14 PM

Lebih 40kg dadah dirampas CNB

Tablet Ecstasy yang dibentuk mirip watak kartun Hello Kitty ini antara dadah yang dirampas.
Tablet Ecstasy yang dibentuk mirip watak kartun Hello Kitty ini antara dadah yang dirampas. - LIANHE ZAOBAO

LEBIH 40 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih $2.3 juta telah dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi pada hujung minggu lalu. Ini termasuk sekitar 23.6 kilogram (kg) ganja - jumlah tertinggi dalam 25 tahun - dan 16.5 kg heroin, jumlah tertinggi dalam 14 tahun. Sebelum ini, rampasan terbesar ganja di sini adalah 33.5 kg pada 1996. Ini diikuti rampasan terbesar heroin, iaitu 35 kg, pada 2001. Dalam operasi pada 16 April itu, CNB juga merampas 2kg Ice dan sekitar 110 tablet Ecstacy. Menurut CNB, dadah yang dirampas itu cukup untuk digunakan lebih 12,000 penagih dadah selama seminggu. Suspek yang ditangkap adalah warga Malaysia berusia 22 tahun. Dia ditangkap di daerah Choa Chu Kang Avenue 4. Empat bungkusan ganja seberat sekitar 1kg ditemui dengannya. Pegawai CNB menemui lagi lapan bungkusan heroin, dua bungkusan Ice dan tablet Ecstasy dalam bilik tidurnya. Tablet Ecstasy yang dibentuk mirip watak kartun Hello Kitty itu ditunjukkan kepada media di sidang media pada Isnin (19 April). Siasatan terhadap kegiatan dadah dan suspek sedang dijalankan. Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi itu cukup untuk digunakan 7,880 penagih heroin, 1,160 penagih 'Ice' dan 3,380 penagih ganja untuk seminggu, kata Superintenden Aaron Tang, pengarah jabatan risikan CNB.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg