SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 600 kakitangan madrasah ditawar vaksin Covid-19

Lebih 600 kakitangan madrasah ditawar vaksin Covid-19

Mar 25, 2021 | 4:57 PM

Lebih 600 kakitangan madrasah ditawar vaksin Covid-19

600 kakitangan daripada madrasah di sini telah ditawarkan menerima vaksinasi Covid-19 mereka. - Foto Getty Images
600 kakitangan daripada madrasah di sini telah ditawarkan menerima vaksinasi Covid-19 mereka. - Foto Getty Images -

LEBIH 600 kakitangan daripada madrasah di sini telah ditawarkan menerima vaksinasi Covid-19 mereka.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dan Ustaz Mohd Murat Md Aris menyertai beberapa kakitangan madrasah dalam menerima suntikan dos pertama vaksin tersebut semalam (Rabu, 24 Mac).

"Ini sebahagian usaha nasional sedia ada untuk memvaksinasi kakitangan yang menawarkan perkhidmatan penting dan memastikan institusi pendidikan kita selamat kerana para pelajar kami masih belum layak bagi vaksinasi buat masa ini," kata kenyataan Muis.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata lebih 80 peratus kakitangan di institusi pendidikan yang telah ditawarkan menerima vaksin Covid-19 telah membuat janji temu bagi hal demikian, lapor The Straits Times.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg