Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 6,000 anggota tentera dikerah bantu tangani Covid-19: Ng Eng Hen

Jun 29, 2020 | 7:13 PM
Dr Ng berkata operasi keselamatan tidak terjejas walaupun terdapat wabak dan langkah keselamatan telah dilaksanakan bagi mereka yang bertugas.
Dr Ng berkata operasi keselamatan tidak terjejas walaupun terdapat wabak dan langkah keselamatan telah dilaksanakan bagi mereka yang bertugas. - Mindef

MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata lebih 6,000 anggota tentera telah dikerahkan untuk membantu dalam usaha nasional melawan Covid-19, termasuk anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan bekas anggota tetap yang menawarkan khidmatnya secara sukarela. Menurut beliau, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah terlibat dalam pelbagai operasi - membungkus dan mengedarkan pelitup, mengendalikan dormitori pekerja asing, mencari jejak kontak dan mendirikan kemudahan penjagaan masyarakat. Pertubuhan seperti Agensi Sains Pertahanan dan Teknologi (DSTA), Makmal Nasional DSO dan syarikat ST juga telah membangunkan teknologi seperti sistem pemeriksaan suhu, stesen swab bergerak, dan kabinet pembasmian kuman UV. Dr Ng berkata operasi keselamatan tidak terjejas walaupun terdapat wabak dan langkah keselamatan telah dilaksanakan bagi mereka yang bertugas. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara pada 25 Jun sempena Hari SAF pada 1 Julai. "Kami membantu menyediakan hampir 10,000 katil, lebih banyak katil daripada katil yang ada di semua hospital awam kita, dan kami telah menjaga lebih 29,000 pesakit setakat ini," kata beliau dalam transkrip wawancara yang diedarkan kepada media pada Isnin (29 Jun). Dr Ng berkata enam kem tentera telah diubah menjadi kemudahan pemulihan masyarakat, yang menyediakan lebih 5,000 katil. Pasukan Perubatan SAF pula telah merawat pesakit yang sedang pulih di dewan Singapore EXPO dan sejauh ini mereka telah menjaga sekitar 4,500 pesakit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg