Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih banyak rumah kena lelong dek pemilik tak dapat bayar hutang

Feb 18, 2016 | 3:17 PM
Lebih banyak rumah kena lelong dek pemilik tak dapat bayar hutang
KELEMBAPAN ekonomi dan pasaran sewa menggandakan bilangan hartanah kediaman di Singapura yang dilelong tahun lalu, menurut syarikat penyelidikan hartanah DTZ.
Senarai bagi jualan gadai janji - iaitu bank meletak sesebuah hartanah untuk dilelong kerana pemiliknya tidak boleh membayar pinjaman rumah - bertambah hampir seganda kepada 87 unit daripada 47 pada 2014.