BELIAU tidak pernah menjamu selera di The Rail Mall sebelum ini meskipun beliau telah tinggal di Fajar Road - sekitar 10 minit perjalanan dari tempat itu - sejak kira-kira 15 tahun lalu.

Namun, sejak fasa kedua Laluan Downtown (DTL2) dilancarkan pada 27 Disember 2015, Cik Nurinah Bakri, 27 tahun, lebih kerap mengunjungi tempat itu lebih-lebih lagi apabila 'mengidam' hendak makan roti perata atau makanan India lain yang dihidangkan di restoran Springleaf Prata Place.