BIARPUN pandemik Covid-19 telah mendatangkan cabaran kepada industri perhotelan dan menjejas kakitangan hotel sepertinya, Cik Nur Siti Farizah Dollah melihat kebaikan di sebalik musibah itu.
Ketika hotel di seluruh negara ditutup dan tidak dibenarkan menerima tetamu, Cik Siti Farizah secara sukarela menjadi sebahagian pasukan barisan depan yang memberi bantuan kepada pesakit Covid-19 yang ditempatkan di kemudahan penjagaan masyarakat (CCF) di Singapore Expo.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg