Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai layak terima bantuan kewangan: Desmond

Apr 30, 2020 | 11:56 PM
Permohonan geran ditunda dari 1 Mei ke 4 atau 11 Mei, bergantung kepada keadaan pekerja.
Permohonan geran ditunda dari 1 Mei ke 4 atau 11 Mei, bergantung kepada keadaan pekerja. - Facebook Desmond Lee

Lebih ramai warga Singapura kini layak menerima bantuan kewangan jika pekerjaan mereka terjejas oleh wabak Covid-19 dan langkah yang diambil untuk membendungnya.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) hari ini berkata, Geran Sokongan Covid-19 itu akan diperluas untuk merangkumi lebih ramai pekerja Singapura dan penduduk tetap di sini. Permohonan geran juga ditunda dari 1 Mei ke 4 atau 11 Mei, bergantung kepada keadaan pekerja. Geran itu pada mulanya bertujuan menyokong hanya mereka yang kehilangan pekerjaan akibat keadaan Covid-19. MSF berkata ia kini akan juga merangkumi pekerja yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut dan pekerja yang gaji mereka telah dikurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus selama tiga bulan berturut-turut. Perubahan pekerjaan atau gaji ini harus berlaku selepas 23 Januari, apabila kes Covid-19 pertama dikesan di Singapura, kata MSF dalam satu kenyataan. Dalam satu catatan Facebook pada Khamis, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata: "Kami sedar warga Singapura mungkin memerlukan lebih banyak sokongan selepas bulan ini. Disebabkan itu kami memutuskan untuk meningkatkan Geran Sokongan Covid-19 apabila permohonan dibuka dari Mei hingga 30 September 2020." Geran itu akan memberi pekerja sehingga $800 sebulan bagi tiga bulan jika mereka memenuhi kriteria kehilangan kerja atau cuti tanpa gaji.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg