SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki 61 tahun meninggal kerana komplikasi Covid-19

Lelaki 61 tahun meninggal kerana komplikasi Covid-19

Mar 13, 2021 | 11:06 PM

Lelaki 61 tahun meninggal kerana komplikasi Covid-19

Foto FAIL
Foto FAIL -

SEORANG lelaki Singapura berusia 61 tahun meninggal dunia pada Jumaat (12 Mac) kerana komplikasi yang berpunca daripada jangkitan Covid-19.

Mengesahkan demikian dalam kenyataannya pada Sabtu malam (13 Mac), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lelaki berkenaan berada di Amiriah Arab Bersatu (UAE) bagi tugasannya sebelum kembali ke Singapura pada 30 Januari.

Beliau mula batuk sebelum berangkat dari UAE dan sesak nafas pada hari yang sama. Ujian Covid-19 yang dijalani setibanya di Singapura mengesahkan beliau positif koronavirus.

Sebelum ini, MOH menambah lelaki itu mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, hiperlipidaemia (darah yang mengandungi banyak lemak) dan gout.

Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit sudah menghubungi keluarganya dan memberikan pertolongan kepada mereka.

Sementara itu, MOH melaporkan terdapat lapan kes import jangkitan Covid-19 baru pada Sabtu.

Dua daripadanya merupakan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India dan Papua New Guinea. Seorang yang lain adalah pemegang pas pelajar yang tiba dari India.

Dua kes dengan sejarah perjalanan dari Bangladesh pula melibatkan seorang pemegang pas kerja dan seorang pemegang permit kerja.

Dua kes lain memiliki pas lawatan jangka pendek. Satu kes tiba dari Amerika Syarikat untuk bekerja di Singapura manakala satu kes pula adalah kru kapal yang menaiki kapal dari Indonesia. Kru kapal ini telah mengasingkan dirinya hingga keputusan ujiannya disahkan positif dan beliau digegaskan ke hospital.

Baki satu kes lagi yang memiliki pas khas juga merupakan kru kapal dari Indonesia. Beliau diuji ketika berada di atas kapal dan tidak turun daripada kapal tersebut.

Semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif ketika menjalani SHN atau ketika diasingkan.

Lagi 11 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 17 yang lain masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg