Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki buruan polis S'pura mati di Denmark akibat sakit jantung

May 10, 2020 | 8:30 PM
BURUAN POLIS: Acara pengebumian Roland Tan Tong Meng, salah seorang lelaki yang paling dikehendaki di Singapura, telah disiarkan secara langsung di Facebook secara tertutup untuk sekumpulan warga Singapura.
BURUAN POLIS: Acara pengebumian Roland Tan Tong Meng, salah seorang lelaki yang paling dikehendaki di Singapura, telah disiarkan secara langsung di Facebook secara tertutup untuk sekumpulan warga Singapura. - - Foto: FACEBOOK/JEFFREY TYK SCORPION TAN

SEORANG lelaki yang menjadi buruan pihak polis kerana terlibat dalam satu kes pembunuhan di sini , Roland Tan Tong Meng, telah meninggal dunia di Denmark.

Akhbar The Straits Times melaporkan, Roland Tan, 72 tahun, diberi jolokan 'Mr Big' di Denmark kerana hubungannya dengan kumpulan jenayah terancang dan penyeludupan dadah.

Tan, dikatakan bertubuh sederhana dan botak, adalah suspek yang sangat dikehendaki bagi satu kes pembunuhan pada Oktober 1969.

Mendiang dikatakan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Berita kematiannya disiarkan di tabloid Denmark, Ekstra Bladet, dan pengebumiannya dua minggu kemudian, dengan tajuk "Mr Big sudah mati".

Acara kematian bekas bos kumpulan samseng itu dijalankan di sebuah gereja dan disiarkan secara langsung di Facebook secara tertutup kepada sekumpulan warga Singapura, termasuk rakan keluarga dan anggota kumpulannya.

Roland pernah mendahului senarai suspek yang melarikan diri, dengan polis menawarkan hadiah $2,000 untuk maklumat yang menyebabkan penangkapan dan sabitannya.

Juga dikenal sebagai "Hylam Kia" (budak Hainan) yang berasal dari sebuah kampung di Serangoon, Tan dicari kerana pembunuhan seorang lelaki bernama Lam Cheng Siew.

Sekitar jam 12.30 pagi pada 24 Oktober 1969, Encik Lam, yang berusia 31 tahun, dalam perjalanan dengan empat rakannya ketika kereta mereka diserang oleh sekumpulan samseng bersenjata di dalam dua buah kereta berhampiran persimpangan Bras Basah dan North Bridge Road.

Serangan itu menyebabkan Encik Lam mati di longkang berdekatan, dengan luka tikaman di kepala dan lengan kirinya. Pengikis galas dijumpai berhampirannya.

Tan melarikan diri ke Malaysia, kemudian ke Amsterdam, dengan bantuan geng See Tong, sebuah kumpulan penjenayah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg