Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa serang warga emas di Geylang, mangsa kemudian maut

Aug 22, 2024 | 4:22 PM
Zubir Mohamed, 40 tahun, didakwa atas satu tuduhan dengan sengaja menyebabkan Encik Sivarajoo Pitchay Pillai, 67 tahun, cedera parah.
Zubir Mohamed, 40 tahun, didakwa atas satu tuduhan dengan sengaja menyebabkan Encik Sivarajoo Pitchay Pillai, 67 tahun, cedera parah. - Foto fail

Seorang lelaki yang didakwa menyerang warga emas di lorong belakang di Geylang, menyebabkan tengkoraknya retak sebelum mangsa meninggal dunia, didakwa pada 22 Ogos.

Zubir Mohamed, 40 tahun, dikenakan satu tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan serius ke atas Encik Sivarajoo Pitchay Pillai, 67 tahun.

Menurut kertas tuduhan, pergaduhan antara mereka berlaku pada 3 Ogos, kira-kira 2.35 petang, di lorong belakang 669 Geylang Road, lapor The Straits Times.

Zubir dikatakan menolak Encik Pillai ke lantai dan menumbuk mukanya, mengakibatkan beliau mengalami keretakan tengkorak.

Encik Pillai dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, tetapi meninggal dunia lebih dua minggu kemudian pada 19 Ogos, menurut polis pada 21 Ogos.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan hubungan antara dua lelaki itu dan punca pergaduhan mereka.

Pihak pendakwaan memohon agar Zubir terus ditahan reman, dan meminta izin membawanya ke tempat kejadian bagi mengumpul bukti.

Pada 8 Ogos, Zubir dikenakan empat tuduhan mencuri dan satu tuduhan pecah amanah dalam kes lain.

Dia dikatakan mencuri sebuah basikal bukit dan kunci dari kolong Blok 545, Bedok North Street 3 pada 12 Jun.

Dia juga didakwa melesapkan sebuah jam tangan dan sebentuk cincin bernilai $490 pada 19 Jun, yang diamanahkan kepadanya oleh Encik Abdul Karim Sued.

Pada Julai, Zubir dikatakan mencuri barang-barang berharga dari sebuah kereta di kawasan Masjid Al-Ansar di Chai Chee, dan merompak dari kenderaan di tempat letak kereta di Blok 539, Bedok North Street 3.

Zubir akan kembali ke mahkamah pada 29 Ogos. J

ika sabit kesalahan mencuri, dia boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun, denda, atau kedua-dua hukuman bagi setiap tuduhan.

Kesalahan pecah amanah membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kededuanya.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan serius secara sengaja, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, didenda atau dirotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg