SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki didakwa susuli rompakan senjata di Bt Batok

Lelaki didakwa susuli rompakan senjata di Bt Batok

Apr 21, 2021 | 5:30 AM

Lelaki didakwa susuli rompakan senjata di Bt Batok

cb3da18c-a280-45dd-a41f-c0017973223c
-

SEORANG lelaki berusia 40 tahun didakwa semalam kerana rompakan bersenjata.

Muhammad Ismail Zainuddin didakwa merompak di kedai runcit 7-Eleven di Bukit Batok Street 52 dengan pisau sebagai senjatanya.

Polis diberitahu sekitar 4.25 pagi pada Isnin.

Perompak itu memaksa mangsa membuka mesin daftar tunai, kata polis dalam kenyataannya semalam.

Muhammad Ismail juga didakwa mengambil lapan kotak rokok, bernilai sekitar $100 sebelum melarikan diri.

Namun, dia ditangkap dalam dua jam, dengan bantuan kamera di kedai serta siasatan dan pertanyaan mereka di kawasan itu.

Di mahkamah semalam, Muhammad Ismail didakwa atas tuduhan merompak dengan menggunakan senjata.

Dia ditahan selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Kesnya dijangka akan didengar lagi pada 27 April. Sekiranya disabit kesalahan, Muhammad Ismail boleh dikenakan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebatan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg