SEORANG lelaki, 46 tahun, yang menyerang seorang penunggang e-skuter sehingga hilang penglihatan pada sebelah mata telah dihukum penjara selama setahun dan diarahkan membayar pampasan $5,258,46 kepada mangsa.
Pelaku, Lim Wee Ming, seorang pekerja pembungkusan, pada Selasa (31 Mac) mengaku bersalah atas satu dakwaan mengganggu dan menyebabkan kecederaan teruk secara sengaja kepada Encik Goh Sung Beng, 68 tahun, lapor The Straits Times (ST).
Encik Goh sedang menunggang alat mobiliti peribadinya itu di Choa Chu Kang Avenue 3 pada 6 Disember 2017, sekitar 11 pagi di mana beliau melihat Lim berjalan menuju ke arahnya,
Apabila mereka bertemu, Lim mendakwa Encik Goh telah melanggarnya, namun Encik Goh telah menafikan hal tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Encik Kang Jia Hui berkata, Encik Goh kemudian memusing-musingkan tongkat jalannya yang digantung di e-skuternya itu namun ia tidak terkena Lim.
Tambah Encik Kang, Lim pula menumbuk mata kiri Encik Goh hingga ia berdarah.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg