SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki maut, disyaki jatuh secara tidak sengaja di tapak pembinaan gudang Tuas

Lelaki maut, disyaki jatuh secara tidak sengaja di tapak pembinaan gudang Tuas

Jun 12, 2021 | 7:17 PM

Lelaki maut, disyaki jatuh secara tidak sengaja di tapak pembinaan gudang Tuas

Tapak pembinaan itu adalah tempat Hab Logistik Tuas Logos sedang dibangunkan.
Tapak pembinaan itu adalah tempat Hab Logistik Tuas Logos sedang dibangunkan. - TANGKAP LAYAR LOGOS SOUTH EAST ASIA/YOUTUBE

SEORANG lelaki ditemui mati di tapak pembinaan sebuah gudang yang sedang dibangunkan pada Khamis (10 Jun) dan disyaki jatuh secara tidak sengaja. Menjawab pertanyaan The Straits Times, polis berkata mereka menerima panggilan tentang kejadian di 20 Tuas South Avenue 14 itu sekitar 5.30 petang pada hari tersebut. Apabila paramedik dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba, mereka berkata lelaki berusia 25 tahun itu sudah meninggal dunia. Siasatan sedang dijalankan tetapi tiada perbuatan khianat disyaki, kata polis. Tapak pembinaan itu adalah tempat Hab Logistik Tuas Logos sedang dibangunkan. Apabila siap kelak, ia akan mempunyai satu gudang dua tingkat dan satu lagi dengan empat tingkat. Jurucakap Logos mengesahkan bahawa lelaki yang meninggal dunia itu adalah pekerja satu kontraktornya. "Logos sedang menyiasat butiran kejadian itu dan bekerja rapat dengan kontraktor am dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg