SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lima cedera dalam kebakaran di flat sewa di North Bridge Road

Lima cedera dalam kebakaran di flat sewa di North Bridge Road

Jun 13, 2021 | 4:16 PM

Lima cedera dalam kebakaran di flat sewa di North Bridge Road

Hampir semua barang dalam unit flat sewa itu musnah dalam kebakaran tersebut.
Hampir semua barang dalam unit flat sewa itu musnah dalam kebakaran tersebut. - Shin Min Daily News

LIMA orang dibawa ke hospital selepas satu kebakaran di North Bridge Road pada malam Sabtu (12 Jun). Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya diberitahu mengenai kebakaran di Blok 8 itu sekitar 10.15 malam. Kebakaran itu melibatkan sebuah unit di tingkat tujuh di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tersebut, dan dipadamkan menggunakan jet air. Sekitar 120 orang dipindahkan dari tingkat enam hingga 10 blok itu oleh polis. Empat orang dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan satu lagi dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng. Jurucakap itu berkata mangsa yang mengalami kecederaan hidu asap atau luka kebakaran yang teruk akan dibawa ke Pusat Kebakaran di SGH. "Namun, jika keadaan mereka terlalu tidak stabil, mereka akan dihantar ke hospital khususan Kementerian Kesihatan yang terdekat," tambahnya. Punca kebakaran itu sedang disiasat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg