Topik diikuti
Pergi ke BHku'Lipatan hati' jadi tanda ingatan
Mar 29, 2016 | 5:30 AM
'Lipatan hati' jadi tanda ingatan
SERAMAI 300 penduduk mencatatkan memori mereka tentang mendiang Encik Lee Kuan Yew pada lipatan hati dan burung jenjang origami yang dibuat sendiri daripada kertas warna- warni.
Kegiatan tersebut dan beberapa aktiviti lain telah dianjurkan oleh Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Canberra kelmarin di Kelab Masyarakat Canberra untuk memperingati jasa Encik Lee dan nilai-nilai terasnya termasuk perpaduan sosial serta keharmonian kaum.