Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Logo, visi baru bagi Cabaran Presiden dilancar

Jan 26, 2020 | 7:58 PM
Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Al-Habshee, melancarkan logo dan visi baru bagi Cabaran Presiden semasa rumah terbuka Istana sempena Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2020. FOTO: THE STRAITS TIMES
Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Al-Habshee, melancarkan logo dan visi baru bagi Cabaran Presiden semasa rumah terbuka Istana sempena Tahun Baru Cina pada 26 Januari 2020. FOTO: THE STRAITS TIMES -

PRESIDEN Halimah Yacob telah melancarkan logo dan visi baru bagi Cabaran Presiden (PC) semasa rumah terbuka Istana hari ini (Ahad, 26 Jan) sempena Tahun Baru Cina.

Sempena ulang tahun ke-20 PC, logo dan visi baru itu dilancarkan demi merangkumi fasa baru PC iaitu memperkasa golongan kurang bernasib baik.

Visi baru PC kini 'Memperkasa Kehidupan, Meningkatkan Masyarakat'.

"Dengan keperluan masyarakat berubah, pendekatan kita untuk menyokong golongan kurang bernasib baik juga mesti berubah.

"Oleh itu, sejak 2018, PC telah melakukan lebih dari hanya memberi bantuan; ia juga cuba memperkasa golongan kurang bernasib baik agar kita dapat mewujudkan perubahan lebih besar kepada kehidupan mereka," ujar Puan Halimah.

PC dimulakan oleh mantan presiden mendiang S R Nathan dan telah berjaya mengumpulkan $200 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg