PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah menganugerahkan empat kontrak bagi Laluan Daerah Jurong (JRL) dengan nilai sejumlah $682.5 juta.
Dalam kenyataannya pada Jumaat (17 Julai), LTA berkata kontrak tersebut merangkumi bidang-bidang berikut:
- Pembinaan tiga stesen JRL dengan jejambat yang diberikan kepada usahasama Daewoo Engineering & Construction Co Ltd-Yongnam Engineering & Construction Pte Ltd dengan nilai kontrak $320.4 juta. Kontrak tersebut merangkumi reka bentuk dan pembinaan stesen Toh Guan, Jurong Town Hall dan Pandan Reservoir dan jejambat sepanjang 3.6 kilometer.
- Penyediaan sistem isyarat dan pintu skrin platform setengah ketinggian yang diberikan kepada Siemens Mobility Pte Ltd - Siemens Rail Automation, S.A.U. Konsortium dengan nilai kontrak $215.5 juta. Kontrak ini merangkumi reka bentuk, pembuatan, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem isyarat dan pintu skrin platform setengah ketinggian untuk keseluruhan JRL.
- Pembekalan sistem kawalan penyeliaan bersepadu dan sistem komunikasi untuk JRL. Kedua-dua kontrak ini telah diberikan kepada ST Engineering Electronics Ltd (STEE) dengan nilai gabungan sebanyak $146.6 juta.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg