Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA lanjut tarikh pelupusan PMD hingga 1 Julai

Mar 31, 2020 | 12:47 PM
TAWARAN DILANJUTKAN: Para pemilik boleh melupuskan peralatan mereka tanpa dikenakan bayaran di pusat-pusat pelupusan yang ditawarkan firma kitar semula barangan terpakai yang dilantik LTA di serata estet HDB atau di pejabat LTA di Sin Ming.
TAWARAN DILANJUTKAN: Para pemilik boleh melupuskan peralatan mereka tanpa dikenakan bayaran di pusat-pusat pelupusan yang ditawarkan firma kitar semula barangan terpakai yang dilantik LTA di serata estet HDB atau di pejabat LTA di Sin Ming. -

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah melanjutkan skim pelupusan bagi alat mobiliti peribadi (PMD) yang tidak menuruti syarat, untuk selama tiga bulan lagi sehingga 1 Julai ini.

Mengumumkan langkah itu di Facebooknya semalam, LTA berkata, PMD yang tidak disahkan menurut piawaian keselamatan UL2272 tidak boleh digunakan di laluan basikal mulai 1 Julai ini.

Hanya alat yang telah menjalani ujian elektrikal, mekanikal dan sekitaran yang diiktiraf akan disahkan sebagai memenuhi syarat UL2272.

Para pemilik boleh melupuskan peralatan mereka tanpa dikenakan bayaran di pusat-pusat pelupusan yang ditawarkan firma kitar semula barangan terpakai yang dilantik LTA di serata estet HDB atau di pejabat LTA di Sin Ming Drive, berdekatan Upper Thomson Road.

Senarai tempat pelupusan boleh dirujuk di laman rasmi LTA di www.lta.gov.sg Demi keselamatan, LTA menasihatkan pemilik untuk melupuskan peralatan mereka hanya di tempat-tempat yang ditawarkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg