SYARIKAT perkongsian basikal oBike telah melakukan kemajuan ketara dalam usaha untuk mengalihkan basikalnya daripada kawasan awam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kelmarin.

Sejak 5 Julai lalu, firma penasihat perniagaan FTI Consulting - yang dilantik bulan lalu sebagai pembubar (liquidator) sementara oBike - telah mengalihkan lebih daripada 35,000 basikal dari kawasan awam di sini, kata LTA kepada akhbar The Straits Times.