Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

LTA: Perlu pakai pelitup selepas tempoh pemutus litar

Apr 21, 2020 | 9:29 AM
LINDUNGI DIRI: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan orang ramai perlu memakai pelitup selepas tempoh 'pemutus litar' semasa menggunakan pengangkutan awam.
LINDUNGI DIRI: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan orang ramai perlu memakai pelitup selepas tempoh 'pemutus litar' semasa menggunakan pengangkutan awam. - FACEBOOK/WEKEEPYOURWORLDMOVING

PENGGUNA pengangkutan awam perlu terus memakai pelitup biarpun langkah-langkah pemutus litar dihentikan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam catatan di Facebook malam tadi.

Menurut LTA "pasca pemutus litar, apabila jarak selamat tidak lagi mudah dilaksanakan setelah kembalinya kesesakan, satu kompromi yang boleh dilakukan adalah dengan kesemua pengguna terus memakai pelitup semasa menaiki pengangkutan awam."

Pada yang sama, LTA juga menyatakan ia "akan memantau keadaan dan membuat penyesuaian kekerapan kereta api bagi memastikan semua pengguna boleh terus mengamalkan jarak selamat".

"Penyesuaian ini telah dapat mengurangkan kesesakan orang semasa waktu sesak hari ini (semalam).

"Penyesuaian lanjut telah dibuat ke atas kekerapan kereta api bagi memastikan pengguna mengekalkan jarak selamat antara satu sama lain sekiranya mereka perlu ke mana-mana bagi menguruskan perkara penting semasa tempoh pemutus litar ini," kata LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg