Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Madrasah harap terima lebih 200 tempahankorban agar ramai dapat manfaat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Madrasah harap terima lebih 200 tempahankorban agar ramai dapat manfaat

May 10, 2024 | 05:30 AM



Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah meneruskan kerjasama dengan Pesantren Baabussalaam di Indonesia untuk ibadah korban buat kali ke-15 tahun ini.

Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, berkongsi:

“Hubungan baik ini tidak akan kekal jika tidak ada persefahaman yang baik.” Beliau bersyukur akan ukhuwah yang terjalin antara kedua-dua pihak.


Bagi khidmat korban tahun ini, kambing korban mempunyai berat badan antara 21 kilogram dengan 24 kilogram.

“Kami memilih saiz sedemikian iaitu lebih besar sedikit agar lebih banyak penerima yang boleh menerima agihan daging-daging ini. Bukan hanya daging yang diagihkan, kulit kambing, tanduk kambing dan kesemuanya dibahagi-bahagikan. Boleh dikatakan tiada sisa yang dibuang dan dapat memberi manfaat kepada mereka,” jelas Cik Siti Radhiyah.

Tambahnya, bagi setiap kambing boleh dianggarkan sebanyak lebih 20 paket akan diagihkan kepada penerima. Madrasah Al-Ma’arif berharap dapat menerima lebih 200 tempahan agar lebih banyak manfaatnya nanti.

Bagi akikah pula, dagingnya akan dimasak dan diagihkan kepada penduduk di persekitaran pesantren dan juga yang memerlukan.

Sebahagian daripada tempahan korban ini akan disalurkan juga kepada dana operasi madrasah
yang di dalam perancangan. Madrasah Al-Ma’arif memerlukan dana bagi operasi hariannya seperti membayar bil, memperbaiki kerosakan dan sebagainya. Kesemua ini menelan belanja hampir $2 juta setiap tahun.

Bangunan Madrasah Al-Ma’arif yang terletak di No 3 lorong 39 Geylang ini sudah berdiri lebih 16 tahun. Lantas, kerosakan sering berlaku yang perlu dibaiki dan barang-barang yang perlu ditukar ganti. 

“Kami berharap dengan sokongan masyarakat Islam yang tidak jemu membantu dapat menghulurkan sumbangan ikhlas anda dengan menyertai korban bersama kami. Amalan korban ini juga amat digalakkan bagi yang berkemampuan, sekali gus dapat membantu Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah mencapai matlamat yang diinginkan,” harap Cik Siti Radhiyah.

Beliau berbesar hati setiap tahun masih ada peserta setia yang membuat tempahan berulang bagi khidmat korban dengan madrasah ini. Beliau akan memastikan pihaknya akan menjaga mutu yang diberikan dalam menjalankan amanah ini dengan baik. 

Bagi peserta yang mendaftar, Madrasah Al-Ma’arif akan memberikan sijil penyertaan iaitu sijil elektronik yang akan dihantar melalui WhatsApp. Jika berminat atau ada pertanyaan, sila hubungi talian 9182-4766 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 4 petang).

CARA MENDAFTAR


1. Di pejabat madrasah: Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 4.30 petang / 9 pagi hingga 3 petang (waktu cuti sekolah). Pembayaran melalui tunai atau Nets.

2. WhatsApp: Berikan nama penuh, alamat dan tangkap layar pembayaran. Pembayaran melalui PayNow ke UEN: S36MM0001G (Rujukan: Korban).

3. Dalam talian: https://www.infaqmadrasahalmaarif.com/

4. Untuk pertanyaan hubungi talian 9182-4766 (Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 4 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >