Topic followed successfully
Go to BHkuMahasiswa NUS dibuang sekolah, dituduh rakam aksi seks tanpa kebenaran
Mahasiswa NUS dibuang sekolah, dituduh rakam aksi seks tanpa kebenaran
Apr 12, 2021 | 8:59 PM
Mahasiswa NUS dibuang sekolah, dituduh rakam aksi seks tanpa kebenaran
NUS telah membuang seorang penuntutnya yang didakwa telah merakam aksi seks tanpa kebenaran. - Foto fail -
UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) telah membuang seorang penuntutnya yang didakwa telah merakam aksi seks dengan dua mahasiswi universiti tersebut tanpa kebenaran mereka.
Seorang jurucakap NUS berkata lembaga disiplin telah membincangkan tuduhan tersebut pada Februari lalu, lapor The Straits Times.
Lembaga memutuskan supaya mahasiswa itu dibuang dari sekolah berkuat kuasa 10 Februari.
Hal tersebut akan menjadi sebahagian daripada rekod pendidikan rasmi penuntut itu di NUS.
"Oleh kerana siasatan polis masih berjalan, kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai kes ini," tambah jurucakap itu.

