Topik diikuti
Pergi ke BHkuAdi Putra berbicara di Instagram
Mahu kongsi kisah kontroversi perkahwinan kedua dalam sidang media masa terdekat
Jul 23, 2016 | 5:30 AM
Adi Putra berbicara di Instagram
PELAKON drama popular Cinta Si Wedding Planner, Adi Putra, akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi berkongsi kisah menyelubungi kontroversi perkahwinan keduanya baru-baru ini.
Adi, 35 tahun, yang tidak dapat dihubungi Berita Harian sejak gambar beliau menjalani upacara akad nikah tersebar di media sosial Sabtu lalu, mengumumkan tentang sidang itu di laman Instagramnya sekitar 12 tengah malam kelmarin.