Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Majlis nikah, upacara agama boleh dihadiri sehingga 100 orang mulai 3 Okt

Sep 23, 2020 | 7:01 PM
Sehingga 100 hadirin unik, termasuk pasangan pengantin - tetapi tidak termasuk vendor dan penyedia perkhidmatan - akan dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan mulai 3 Oktober nanti. - FOTO: ISTOCKFOTO
Sehingga 100 hadirin unik, termasuk pasangan pengantin - tetapi tidak termasuk vendor dan penyedia perkhidmatan - akan dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan mulai 3 Oktober nanti. - FOTO: ISTOCKFOTO -

LEBIH ramai orang akan dibolehkan menghadiri majlis perkahwinan, melaksanakan ibadah atau menghadiri upacara agama lain mulai 3 Oktober nanti, kata Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong pada Rabu (23 September).

Sehingga 100 hadirin unik, termasuk pasangan pengantin - tetapi tidak termasuk vendor dan penyedia perkhidmatan - akan dibenarkan menghadiri majlis perkahwinan berbanding had 50 orang sekarang, kata Encik Gan sewaktu sidang media maya.

Sejajar dengan bilangan itu, semua pertubuhan agama turut akan dibenarkan melakukan ibadah jemaah dan upacara agama lain sehingga 100 orang, namun langkah pengurusan jarak selamat tetap harus dipatuhi.

Sehingga kini, hanya terdapat beberapa pertubuhan agama yang tertentu sahaja yang dibolehkan menampung sehingga 100 orang untuk melaksanakan ibadah atau menghadiri upacara agama lain di bawah satu skim perintis.

Encik Gan, yang merupakan pengurus bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani Covid-19, berkata kes jangkitan koronavirus kekal rendah, sehingga membolehkan Singapura memulakan semula lebih banyak kegiatan.

Tambah beliau, sedang Singapura mengambil pendekatan berjaga-jaga terhadap acara seperti majlis perkahwinan, sekarang ada beberapa ruang untuk melonggarkan peraturan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg