Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), akan menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan Kumpulan 20 (G20) di Fortaleza, Brazil, dari 30 hingga 31 Oktober.
Mesyuarat tersebut adalah wadah untuk negara berkongsi amalan terbaik dan terlibat dalam kerjasama dalam membangun golongan karyawan pendidik, pendigitalan pendidikan, dan menggalakkan penglibatan sekolah dan masyarakat.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) pada 29 Oktober, ia merupakan usaha untuk mencapai matlamat Kumpulan Kerja Pendidikan G20 bagi pendidikan sejagat yang bermutu, terangkum dan saksama.
Singapura adalah antara lapan negara bukan anggota G20 yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.
Di Fortaleza, Dr Maliki, yang ditemani pegawai dari MOE, akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan dari negara yang mengambil bahagian, di luar mesyuarat itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg