Topik diikuti
Pergi ke BHkuMaliki: Pertahanan Mutlak sandaran S'pura jika diuji
Perpaduan negara dapat dilihat semasa wabak Sars dan kelembapan ekonomi tahun 2000-an
Feb 14, 2016 | 6:11 AM
Maliki: Pertahanan Mutlak sandaran S'pura jika diuji
SERANGAN di Jakarta bulan lalu bukan sahaja meningkatkan tahap waspada di seluruh dunia, tetapi juga membawa ancaman pengganasan lebih dekat dengan negara ini.
Meskipun Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berharap Singapura tidak akan diuji seperti itu, beliau yakin warga negara ini akan terus kekal bersatu dan mengatasi cabaran itu dengan cepat dek perpaduan sosial yang dibina selama ini sebagai sebahagian pertahanan mutlak.