Topik diikuti
Pergi ke BHkuMaliki rasmikan pencapaian operasi misil baru RSAF

SISTEM CANGGIH: Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kiri) mendengar penerangan tentang sistem pertahanan udara baru Spyder daripada Komander Skuadron 165 Leftenan Kolonel Daxson Yap (kanan). Memerhatikan ialah Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong (paling kiri). - Foto MINDEF
Jul 5, 2018 | 5:30 AM
Maliki rasmikan pencapaian operasi misil baru RSAF
SEBUAH sistem pertahanan udara dari darat yang mampu bertindak lebih pantas dan tepat terhadap ancaman pesawat musuh telah mencapai status keupayaan operasi penuh semalam.
Peluru berpandu darat ke udara Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Python-5 dan Derby (Spyder) yang diperkenalkan pada 2011, merupakan sistem senjata lanjutan pertama yang telah diintegrasikan ke dalam sistem Pertahanan Udara Pulau (IAD).