Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan AP kongsi pengalaman dunia perubatan, politik dalam buku

Aug 14, 2024 | 7:19 PM
Profesor Madya Fatimah Lateef hadir dalam Majlis Kot Putih di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 14 Ogos, dengan buku bertajuk,  ‘History Taking History Making: Walking into Singapore’s Medical Story’, yang menyusuri sejarah kisah perubatan Singapura yang turut merakam perjalanannya sebagai seorang doktor dan ahli politik.
Profesor Madya Fatimah Lateef hadir dalam Majlis Kot Putih di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 14 Ogos, dengan buku bertajuk,  ‘History Taking History Making: Walking into Singapore’s Medical Story’, yang menyusuri sejarah kisah perubatan Singapura yang turut merakam perjalanannya sebagai seorang doktor dan ahli politik. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Menjadi seorang ahli politik dan seorang doktor sebenarnya mempunyai lebih banyak persamaan daripada yang disangka.

Kebolehan untuk mendengar, berhubung, dan berkomunikasi adalah kemahiran yang serasi dalam kedua-dua bidang itu.

Ia membantu Profesor Madya Fatimah Lateef menjadi tokoh perubatan yang kita kenali hari ini.

Sekumpulan pelajar dari Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKC), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bersama seorang alumni, berpeluang menemu ramah sembilan tokoh perubatan, termasuk Profesor Fatimah.

Dua tokoh perubatan prakemerdekaan, iaitu Encik Gordon Arthur Ransome dan Profesor Seah Cheng Siang, turut diketengahkan.

Proses itu mengambil masa tiga bulan, dengan keseluruhan projek disiapkan dalam tempoh 10 bulan.

Individu yang dipilih mengetengahkan nilai dan ketabahan yang diperlukan dalam membentuk sistem penjagaan kesihatan Singapura.

Perkongsian mereka diterbitkan dalam buku bertajuk, ‘History Taking History Making: Walking into Singapore’s Medical Story’ yang menyusuri sejarah kisah perubatan Singapura.

Dalam wawancara bersama Berita Harian, Profesor Fatimah berkata: “Sebagai seorang doktor, kita belajar adab ketika berbual bersama pesakit dan meluangkan masa untuk mendengar dengan teliti agar diagnosis dapat dibuat dengan tepat.

“Ini sama seperti dalam bidang politik. Apabila kita berkhidmat kepada masyarakat, kita perlu mendengar dan saling memahami.”

Profesor Fatimah merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marine Parade dari 2006 hingga 2020. Beliau juga pakar perubatan kecemasan.

Profesor Fatimah kini ialah konsultan kanan, Pengarah Keselamatan dan Mutu Pesakit, serta fakulti dalam Latihan Residensi Perubatan Kecemasan di Hospital Besar Singapura (SGH) dan SingHealth.

Profesor Fatimah telah memimpin pasukan penjagaan kesihatan yang membantu penduduk yang dilanda peperangan, banjir, tsunami, gempa bumi, puting beliung, dan bencana alam lain.

Antara anugerah yang beliau terima termasuk Anugerah Kebangsaan Covid-19 (Pingat) 2023, Anugerah Pingat Daya Tahan Covid-19 2023, dan Anugerah Epal Emas bagi sumbangan dalam pendidikan perubatan oleh Duke-NUS pada 2021.

Walaupun sistem penjagaan kesihatan Singapura telah banyak meraih manfaat daripada sumbangan para pemimpin dan pakar perubatan lain, 11 individu itu dipilih untuk mewakili pelbagai kepakaran dalam tiga kelompok penjagaan kesihatan di Singapura.

Selain daripada mengabadikan warisan mereka, tokoh-tokoh perubatan itu telah meninggalkan legasi amalan perubatan.

Buku itu boleh didapati secara dalam talian di pautan, https://www.ntu.edu.sg/medicine/news-events/publications

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg