MASJID India Muslim adalah sebahagian institusi penting dalam masyarakat Muslim Singapura dan ia sedang memainkan peranan penting memenuhi keperluan agama dan masyarakat yang kian berubah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Namun, Encik Masagos berkata, lebih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menangani cabaran yang menjelang.