Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Patuhi langkah jarak selamat, guna pelitup bila keluar rumah

Apr 16, 2020 | 5:30 AM
WAJIB PAKAI PELITUP: Pengurus hartanah komersial di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Cik Jamie Neo (kanan), memberikan sokongan dengan menyumbang tenaga dalam rangkaian pegawai penguatkuasa semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini. Beliau memberi nasihat kepada orang awam di Serangoon North untuk mematuhi langkah jarak selamat lebih ketat yang dilaksanakan. - Foto MASAGOS ZULKIFLI/FACEBOOK
WAJIB PAKAI PELITUP: Pengurus hartanah komersial di Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Cik Jamie Neo (kanan), memberikan sokongan dengan menyumbang tenaga dalam rangkaian pegawai penguatkuasa semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini. Beliau memberi nasihat kepada orang awam di Serangoon North untuk mematuhi langkah jarak selamat lebih ketat yang dilaksanakan. - Foto MASAGOS ZULKIFLI/FACEBOOK -

ORANG ramai digesa agar mematuhi langkah jarak selamat apabila keluar rumah, termasuk menggunakan pelitup muka, dan duduk di rumah seberapa boleh, tulis Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam satu catatan Facebook kelmarin.

Beliau berkata mereka yang tidak menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah akan dikenakan denda $300 dan ini akan dikuatkuasakan mulai hari ini.

Orang ramai kini wajib menggunakan pelitup muka sebaik sahaja keluar dari rumah - satu langkah terkini yang diambil pemerintah untuk mengetatkan langkah jarak selamat semasa tempoh pemutus litar jangkitan sekarang ini.

Langkah itu dikecualikan bagi kanak-kanak berusia di bawah dua tahun dan mereka yang menjalankan senaman berat seperti berlari-lari anak atau berlari.

Namun selesai sahaja melakukan senaman, mereka perlu memakai pelitup semula.

Mereka yang tidak memakai pelitup akan dikenakan penalti yang serupa dengan mereka yang melanggar langkah jarak selamat lain.

Ini bermakna pesalah kali pertama akan dikenakan denda $300.

Dalam catatan Facebooknya itu, Encik Masagos menambah bahawa beliau rasa sedih bahawa sekitar 200 denda kompaun telah dikeluarkan kelmarin.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa sekali lagi menemui orang yang berlengah-lengah, duduk makan di tempat yang tidak sepatutnya mereka duduk, memasuki kawasan yang telah dihadang, bersenam bersama dengan orang yang tidak tinggal serumah, dan bersikap agresif apabila diminta meninggalkan sesuatu tempat.

Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan ini, pegawai penguat kuasa dan pegawai polis melakukan rondaan dan mengeluarkan denda terhadap mereka yang melanggar langkah jarak selamat.

Agensi yang terlibat dalam usaha itu juga telah mendapatkan sokongan relawan mereka untuk memperluaskan rangkaian Duta Jarak Selamat, tambah Encik Masagos.

"Tolong bekerjasama, tinggal di rumah seberapa boleh. Jika perlu beli barang keperluan, tolong patuhi langkah jarak selamat - pakai pelitup juga - jadi kita tidak perlu terus mengerahkan jumlah pegawai penguatkuasaan yang ramai dan boleh fokus menyediakan khidmat penting untuk anda," kata beliau di Facebook.

PAKAI PELITUP BILA KELUAR RUMAH

Duduk di rumah, kecuali untuk urusan penting

Semua mesti memakai pelitup apabila berada di luar rumah: - Menaiki pengangkutan awam, teksi, kereta sewa privet - Berjalan ulang-alik ke pasar atau ketika berada di pasar - Di tempat kerja anda jika anda bekerja di bawah perkhidmatan penting, bukan sahaja kakitangan barisan depan tapi juga mereka yang lakukan fungsi pejabat

Anda tidak perlu memakai pelitup jika anda melakukan senaman berat (contohnya, berlari-lari anak, berjalan pantas) - Anda mesti memakai pelitup selepas bersenam

Kanak kecil di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai pelitup atas sebab keselamatan

Tindakan penguatkuasaan lebih fleksibel bagi golongan yang mengalami kesulitan untuk memakai pelitup, seperti kanak-kanak berkeperluan khas

Gagal pakai pelitup adalah satu kesalahan: - Pesalah kali pertama: Denda $300 - Pesalah berulang: Denda lebih tinggi atau didakwa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg