Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Pelbagai bantuan dihulurkan peniaga rumah terjejas perintah Covid-19

Apr 29, 2020 | 7:07 PM
- FOTO: Fail.
- FOTO: Fail. -

PEMILIK perniagaan dari rumah atau Home Based Business (HBB) akan menerima pelbagai bantuan dari Pemerintah dan juga daripada masyarakat sedang perusahaan mereka terjejas ekoran langkah pemutus rantaian jangkitan bagi mencegah wabak Covid-19 di sini.

Dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (29 April), Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata, peniaga yang telah berdaftar dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan mendapat bantuan Dana Bantuan Kewangan Sementara (TRF) secara automatik.

"Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga akan memastikan agar mereka yang berdaftar dengan DPPMS akan mendapat TFR secara automatik."

Encik Masagos juga menggesa agar peniaga yang terjejas berdaftar dengan DPPMS di laman: https://bit.ly/SMCCI-HomeBasedData

Beliau juga memberi jaminan bahawa para peniaga dan pelanggan terpelihara dengan adanya peruntukan di bawah Akta COVID-19 (Langkah-langkah Sementara).

Beliau menjelaskan bahawa para peguam M³ kita turut menawarkan nasihat guaman secara percuma kepada HBB yang mungkin ada masalah dengan pelanggan mereka.

Peniaga boleh menghubungi mereka menerusi alamat emel: lawyersm3@gmail.com.

Selain itu, DPPMS turut sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada HBB untuk membantu peniaga dengan lebih baik, buat masa sekarang dan juga dalam jangka masa panjang.

"Ini termasuk dengan menyokong mereka dari segi logistik dan penghantaran, dan memberi latihan dalam pengurusan perniagaan," tambah Encik Masagos.

Beliau berkata, SMCCI akan bekerjasama dengan Enterprise SG untuk memikirkan bagaimana sektor ini dapat dibantu supaya para peniaga dapat lebih berdaya tahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg