Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Sokongan tersedia untuk atasi masalah mental

Sep 5, 2020 | 9:01 PM
Encik Masagos berinteraksi dengan Pakar Sokongan Rakan daripada kumpulan kelima Program Pakar Sokongan Rakan NCSS dan wakil dari NCSS serta Institut Kesihatan Mental.
Encik Masagos berinteraksi dengan Pakar Sokongan Rakan daripada kumpulan kelima Program Pakar Sokongan Rakan NCSS dan wakil dari NCSS serta Institut Kesihatan Mental. - Facebook / Masagos Zulkifli

MENJAGA kesihatan mental dan menyokong golongan yang memerlukan bantuan menjadi lebih penting di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang melanda Singapura kini, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dengan kerjasama pihak berkepentingan seperti agensi khidmat sosial dan penjagaan kesihatan serta Pakar Sokongan Rakan, lebih banyak dapat dilakukan untuk menyediakan sokongan holistik kepada individu yang menghadapi masalah kesihatan mental. Menjelaskan tentang peranan Pakar Sokongan Rakan, Encik Masagos berkata mereka menggunakan pengalaman yang pernah dilalui dan bekerjasama dengan karyawan khidmat sosial serta penjagaan kesihatan untuk menyokong individu lain yang mengalami masalah kesihatan mental dalam perjalanan pemulihan mereka. Beliau telah menghadiri acara tamat program Pakar Sokongan Rakan anjuran Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) pada Jumaat (4 September). Sejauh ini, NCSS telah melatih 97 Pakar Sokongan Rakan. "Saya tersentuh dengan kisah daya tahan mereka dan gembira yang mereka sudah mula menggunakan kemahiran mereka untuk mendorong perubahan positif dalam masyarakat kesihatan mental. "Saya menggalak lebih banyak pertubuhan untuk mempertimbangkan mengambil pakar sokongan rakan ini supaya mereka dapat membantu mengesyorkan kesejahteraan mental dan menyediakan sokongan kesihatan mental di pertubuhan anda," katanya dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg