Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid akan ada keselamatan kesihatan tambahan apabila dibuka semula: Muis

Mar 20, 2020 | 8:16 PM
Muis sudah pun melakukan beberapa langkah tambahan - seperti memeriksa suhu badan dan pengesanan kenalan, serta memastikan jarak sosial dalam kegiatan keagamaan di masjid - sedang masjid-masjid di Singapura bersedia untuk dibuka semula pada 27 Mac.
Muis sudah pun melakukan beberapa langkah tambahan - seperti memeriksa suhu badan dan pengesanan kenalan, serta memastikan jarak sosial dalam kegiatan keagamaan di masjid - sedang masjid-masjid di Singapura bersedia untuk dibuka semula pada 27 Mac. - Foto Fail

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) memahami dan menyokong amalan jarak sosial bagi mengurangkan penularan koronavirus Covid-19, sebagaimana dinasihati Kementerian Kesihatan (MOH). Oleh itu, Muis sudah pun melakukan beberapa langkah tambahan - seperti memeriksa suhu badan dan pengesanan kenalan, serta memastikan jarak sosial dalam kegiatan keagamaan di masjid - sedang masjid-masjid di Singapura bersedia untuk dibuka semula pada 27 Mac. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (20 Mac), Muis berkata amalan jarak sosial untuk mengurangkan penularan koronavirus ialah "berasaskan perubatan dan sains". "Kami menantikan pembukaan masjid-masjid, sambil memastikan ia kekal sebagai ruang selamat agar program keagamaan dapat diteruskan. "Pada masa yang sama, kami tidak mahu mengetepikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara am," kata Muis dalam kenyataan itu. Ia menambah bahawa Jawatankuasa Fatwa akan dirujuk untuk melihat bagaimana langkah tambahan dapat digabungkan bertepatan dengan keperluan agama. Ini adalah untuk memastikan solat jemaah dapat dilakukan dengan selamat di masjid-masjid. "Kami menghargai pemahaman dan kerjasama masyarakat bagi langkah-langkah yang perlu diambil. "Ini akan memelihara keselamatan jemaah masjid, terutama warga emas, serta masyarakat Singapura keseluruhannya pada masa mencabar ini," tambah Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg