Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid ditutup lagi 9 hari hingga 26 Mac; tiada solat Jumaat 20 Mac

Mar 16, 2020 | 5:20 PM
DITUTUP: Sebuah tanda menunjukkan Masjid Sultan di Kampong Glam ditutup bagi kerja pembersihan dan menyahjangkit.
DITUTUP: Sebuah tanda menunjukkan Masjid Sultan di Kampong Glam ditutup bagi kerja pembersihan dan menyahjangkit. - EPA-EFE

SEMUA masjid di Singapura akan ditutup tambahan lagi sembilan hari, iaitu sehingga 26 Mac, dalam usaha membendung penularan Covid-19 di sini.

Ini bermakna solat Jumaat pada 20 Mac tidak akan diadakan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Apabila masjid dibuka kembali, Muis akan melaksanakan langkah yang dipertingkat untuk mengurangkan penyebaran virus itu, termasuk mengambil suhu badan semua jemaah, menghendaki jemaah membawa telekung dan sejadah sendiri dan menyuruh jemaah yang tidak sihat pulang. Amalan bersalaman selepas solat juga akan dihentikan sementara. Selain itu, Muis berkata masjid akan melaungkan azan, yang akan disesuaikan dengan seruan kepada masyarakat untuk melakukan solat di rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg