SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Masjid terima sokongan gaji $9.9 juta menerusi JSS, dana awam $4.4 juta menerusi OurMasjid.SG pada 2020

Masjid terima sokongan gaji $9.9 juta menerusi JSS, dana awam $4.4 juta menerusi OurMasjid.SG pada 2020

Apr 5, 2021 | 9:47 PM

Masjid terima sokongan gaji $9.9 juta menerusi JSS, dana awam $4.4 juta menerusi OurMasjid.SG pada 2020

Masjid telah meningkatkan usaha untuk memudahkan sumbangan menerusi pelbagai wadah bayaran dalam talian, dan Muis serta MuslimSG juga melancarkan portal OurMasjid.SG April lalu yang berjaya mengumpul sekitar $4.4 juta untuk masjid.
Masjid telah meningkatkan usaha untuk memudahkan sumbangan menerusi pelbagai wadah bayaran dalam talian, dan Muis serta MuslimSG juga melancarkan portal OurMasjid.SG April lalu yang berjaya mengumpul sekitar $4.4 juta untuk masjid. - Foto Fail ST

MASJID-MASJID di Singapura menerima sokongan gaji daripada pemerintah berjumlah $9.9 juta tahun lalu di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS). Ini, bersama-sama dengan sumbangan dalam talian dan dana tambahan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), membantu mengurangkan penurunan pendapatan dan sumbangan semasa pandemik Covid-19. Demikian dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika menjawab soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen pada Isnin (5 April). Encik Zhulkarnain bertanya tentang rancangan sokongan untuk mengurangkan kesan kewangan yang disebabkan oleh pendapatan dan sumbangan yang berkurangan yang diterima oleh masjid semasa pandemik ini. "Covid-19 telah menjejas jumlah sumbangan yang diterima oleh masjid. Semasa pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu, masyarakat tidak dapat membuat sumbangan fizikal disebabkan oleh penutupan sementara masjid-masjid kita. Ini menyebabkan penurunan sumbangan yang diterima melalui kotak derma," kata Encik Masagos. Bagi menangani isu itu, Muis dan masjid menoleh ke kaedah digital untuk mengumpul derma. Masjid meningkatkan usaha untuk memudahkan sumbangan menerusi pelbagai wadah bayaran dalam talian, dan Muis serta MuslimSG melancarkan portal OurMasjid.SG April lalu yang berjaya mengumpul sekitar $4.4 juta untuk masjid. "Sejak itu, masjid secara beransur-ansur menyambung solat berjemaah dan kegiatan keagamaan lain, sejajar dengan langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan. Ini telah membawa kepada peningkatan dalam derma fizikal, walaupun tidak ke tahap sebelumnya," kata Encik Masagos. Muis juga memberi dana tambahan untuk menyokong operasi masjid dalam bentuk geran untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan bagi memastikan pembukaan semula selamat. Ini termasuk membeli peralatan bagi pemeriksaan suhu badan dan pelitup.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg