SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai Singapura, berdekatan Clarke Quay

Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai Singapura, berdekatan Clarke Quay

Apr 18, 2021 | 12:21 PM

Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai Singapura, berdekatan Clarke Quay

DUA MAYAT DITEMUI: Polis masih lagi menyiasat kejadian dinihari Ahad (18 April) di Sungai Singapura di mana mayat dua lelaki ditemui. - Foto FACEBOOK RUDY FERRAGAMO
DUA MAYAT DITEMUI: Polis masih lagi menyiasat kejadian dinihari Ahad (18 April) di Sungai Singapura di mana mayat dua lelaki ditemui. - Foto FACEBOOK RUDY FERRAGAMO -

MAYAT dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun ditemui di Sungai Singapura dinihari Ahad (18 April).

Polis menyatakan mereka diberitahu tentang kes lelaki yang kemungkinan lemas berhampiran Clarke Quay Central di 6 Eu Tong Sen Street sekitar 1.57 pagi.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah pihaknya menerima panggilan bagi menyelamatkan individu berkenaan di kawasan perairan sekitar 2 pagi. Apabila tiba di lokasi itu, pegawai SCDF tidak menemui sesiapa di situ.

Penyelam daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) telah dikerahkan bagi membuat pencarian dasar lautan.

Dart juga memanfaatkan kenderaan dasar lautan yang boleh beroperasi dengan kawalan jauh bagi kerja menyelamat. Ini membolehkan tugasan itu dibuat dengan menggunakan peralatan imej sonar yang melakar rupa bumi di dasar lautan.

"Penggunaan kenderaan ini mengurangkan risiko buat penyelam kerana keadaan air di dasar sungai itu yang menjejas darjah penglihatan. Ia juga mengurangkan waktu mencari," jelas jurucakap SCDF.

Mayat dua lelaki itu ditemui penyelam. Kedua-duanya disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat," jelas jurucakap polis.

Siasatan masih dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg