PELUMBA basikal warga Singapura, Encik Abdul Samat Ismail, yang hilang sejak beberapa hari lalu di Perak, telah ditemui terkorban dalam sebuah longkang di Batu Gajah tengah hari semalam.

Mayat Allahyarham ditemui salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam usaha mencarinya di sekitar lokasi terakhirnya ketika beliau sedang menyertai perlumbaan basikal Perak Century Ride 2018.