SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

MCI sokong usul penyusunan semula SPH

MCI sokong usul penyusunan semula SPH

May 6, 2021 | 8:46 PM

MCI sokong usul penyusunan semula SPH

Fail ST
Fail ST -

KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) menyokong usulan Singapore Press Holdings (SPH) Ltd yang akan memindahkan perniagaan media ke entiti bukan keuntungan.

Dalam kenyataannya pada Khamis (6 Mei), MCI berkata demi kepentingan negara dan rakyat, media setempat perlu terus maju dan menyampaikan kewartawanan yang bermutu.

Menjelaskan lebih lanjut, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, berkata dalam kenyataan itu:

"Matlamat kami adalah untuk membantu media berita tempatan dan wartawan kita menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam era digital sementara mengekalkan piawaian profesional tinggi, yang kita hargai dan jangkakan. Pemerintah juga bersedia menyediakan SPH Media dengan sokongan pendanaan, dengan disiplin fiskal dan kebertanggungjawaban bagi mencapai hasil dalam bidang seperti inovasi digital dan pembangunan keupayaan sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang perniagaan itu.

"Penyusunan semula SPH Media ini dan sokongan masa depan pemerintah, akan membantu memperkukuhkan SPH Media bagi meneruskan peranannya yang penting dalam bidang media Singapura."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg