SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mereka yang punya sistem imun lemah kini boleh divaksinasi

Mereka yang punya sistem imun lemah kini boleh divaksinasi

Jul 29, 2021 | 5:30 AM

Mereka yang punya sistem imun lemah kini boleh divaksinasi

86132ecd-7449-4943-b1c4-fd6ff5b64fa5
-

JAWATANKUASA pakar bagi vaksinasi Covid-19 di Singapura kini mencadangkan supaya mereka yang mempunyai sistem imun amat lemah yang disebabkan penyakit lain, mendapatkan vaksinasi bagi Covid-19.

Namun, individu itu harus mendapatkan pandangan doktor pakar yang sedang merawat mereka bagi penyakit itu terlebih dahulu.

Mereka perlu menunjukkan memo yang diperolehi kepada pegawai vaksinasi, kata jawatankuasa pakar itu dalam kenyataan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Ia menyenaraikan tiga kumpulan pesakit yang kini boleh divaksinasi, iaitu pesakit yang sedang menjalani rawatan barah seperti kemoterapi, imunoterapi dan radioterapi dalam tempoh tiga bulan lalu atau pada dua bulan akan datang; pesakit yang menjalani pemindahan organ atau sel tujang dalam tempoh tiga bulan lalu dan pesakit yang menjalani rawatan imunoterapi agresif bagi penyakit bukan barah.

Jawatankuasa itu juga berkata pesakit HIV kini boleh divaksinasi tanpa mengambil kiraan CD4 - merujuk kepada sel darah putih bagi menentang jangkitan. Mereka tidak perlu menunjukkan memo doktor.

Kesemua kumpulan in boleh mendapatkan vaksinasi di hospital atau tempat vaksinasi dalam masyarakat, kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu berkata keputusan terkini itu diambil berdasarkan data vaksinasi yang dikumpulkan dari serata dunia, yang menunjukkan vaksinasi itu selamat dan boleh memberikan perlindungan bagi jangkitan dan penyakit teruk dalam kalangan mereka yang punya sistem imun yang lemah.

"Namun, keberkesanan vaksin bagi orang yang sistem imunnya lebih lemah mungkin lebih rendah. Justeru, adalah penting bagi mereka mengambil langkah pencegahan seperti mengelak kawasan sesak, dan mengamalkan sikap membersihkan tangan yang baik.

"Isi rumah dan orang yang mendampingi mereka yang punya sistem imun terjejas digesa mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti orang tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Jawatankuasa pakar juga berkata mereka yang pulih daripada jangkitan Covid-19 boleh diusul mendapatkan satu dos vaksin di bawah program vaksinasi nasional sekurang-kurangnya tiga bulan selepas tarikh jangkitan. Sebelum ini, tempoh penantian adalah enam bulan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg