Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA galak pelajar S'pura di luar negara pulang

Mar 17, 2020 | 9:33 PM
-

KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menggalak pelajar Singapura yang menuntut di luar negara agar segera pulang ke tanah air. Ia berkata institut pendidikan tinggi di Singapura telah mula memanggil pulang pelajar mereka yang kini menjalani latihan amali atau pertukaran di luar negara. "Banyak negara mengenakan sekatan perjalanan atau menutup sempadan mereka, pengendali pengangkutan dan syarikat penerbangan memotong perkhidmatan, dan banyak perkhidmatan dan kemudahan, termasuk institusi pendidikan, juga ditutup untuk mengurangkan penyebaran Covid-19. "Pemerintah akan berhubungan dengan syarikat penerbangan untuk memudahkan penerbangan ke bandar-bandar utama apabila perlu dalam tempoh ini, untuk memenuhi permintaan bagi penerbangan pulang ke Singapura," kata MFA dalam satu kenyataan pada Selasa (17 Mac). Bagi pelajar yang belum dapat pulang, MFA menggalak mereka supaya berdaftar dengan MFA di https://eregister.mfa.gov. sg secepat mungkin. Pelajar yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA melalui talian +65 6379 8800 / +65 6379 8855.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg