Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH keluarkan perincian langkah keselamatan bagi warga emas semasa Fasa Dua

Jun 17, 2020 | 7:00 PM
Penghuni rumah penjagaan warga emas dibenarkan mempunyai seorang pelawat sehari dengan tempoh melawat sehingga 30 minit. - Foto KELVIN CHNG
Penghuni rumah penjagaan warga emas dibenarkan mempunyai seorang pelawat sehari dengan tempoh melawat sehingga 30 minit. - Foto KELVIN CHNG -

PENGHUNI rumah penjagaan warga emas dibenarkan mempunyai seorang pelawat sehari dengan tempoh melawat sehingga 30 minit apabila Fasa Dua pembukaan semula ekonomi bermula Jumaat (19 Jun).

Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan perincian tersebut dalam kenyataan pada Rabu (17 Jun), memperincikan langkah menyokong warga emas seperti permulaan semula kegiatan warga emas dan khidmat penjagaan hari di kebanyakan pusat penjagaan warga emas dan hab aktif warga emas.

MOH berkata setiap penghuni rumah penjagaan itu akan dibenarkan maksimum dua pelawat yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam rumah-rumah tersebut, meskipun hanya seorang sahaja yang boleh melakukan lawatan dalam sehari.

Sebelum ini pelawat dilarang mengunjungi rumah itu bermula 2 April lalu.

Mulai Jumaat pula, pelawat akan diperiksa sebelum dibenarkan masuk dan mereka tidak seharusnya mengunjungi rumah tersebut jika tidak sihat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg