Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH luaskan ujian Covid-19 untuk rangkumi pemandu teksi, kereta sewa dan penghantar makanan

Aug 29, 2020 | 6:59 PM
0e3e4135-171e-4b0d-a0b6-a99c902436df
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan meluaskan ujian Covid-19 untuk merangkumi beberapa golongan tertentu dalam masyarakat dalam minggu-minggu akan datang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kementerian tersebut berkata antara golongan yang disasarkan buat masa kini termasuk pemandu teksi, pemandu kereta sewa, penghantar makanan, vendor utama yang menawarkan khidmat kepada dormitori pekerja, serta pegerai di kedai kopi, pasar dan tempat makan dan minum. "Walaupun tiada bukti golongan ini lebih terdedah kepada risiko dijangkiti, MOH akan menawarkan ujian ini kepada mereka berdasarkan persekitaran kerja, seperti kekerapan interaksi dengan masyarakat awam," jelas kenyataan itu. Selain itu, menyusuli pertikaian berkaitan keberkesanan penutup muka berbeza seperti bandana, selendang, dan penutup leher, kenyataan itu juga menekankan bahawa penutup muka seperti itu tidak seharusnya digunakan. Ini kerana ia tidak dapat menutup hidung dan mulut pemakai sepenuhnya dan dibuat dari bahan yang tidak dikhaskan untuk mencegah jangkitan. Tambah kenyataan itu: "Untuk memastikan kadar jangkitan dalam masyarakat kekal rendah, penting untuk setiap anggota masyarakat awam untuk memakai pelitup yang dikhaskan untuk mencegah jangkitan. "Pelitup muka harus dipakai supaya ia menutup hidung dan mulut dengan penuh, tanpa ruang antara pelitup itu dengan muka pemakai."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg