Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: Pekerja asing di dormitori rangkumi majoriti kes baru Covid-19; kes baru dalam masyarakat merosot

Apr 25, 2020 | 12:07 AM
KELOMPOK JANGKITAN: Strand Hotel di 25 Bencoolen Street merupakan kelompok jangkitan Covid-19 baru yang kini mempunyai lima kes berkait dengannya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada 24 April 2020. - FOTO: LIANHE ZAOBAO.
KELOMPOK JANGKITAN: Strand Hotel di 25 Bencoolen Street merupakan kelompok jangkitan Covid-19 baru yang kini mempunyai lima kes berkait dengannya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada 24 April 2020. - FOTO: LIANHE ZAOBAO. -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) pada Jumaat (24 April) mengesahkan sejumlah 897 kes jangkitan baru dengan kebanyakan melibatkan pekerja asing yang hanya mempunyai simptom sakit ringan.

Menurut MOH, daripada bilangan tersebut, 853 pesakit melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori sementara 19 merupakan pemegang permit kerja yang tinggal di luar dormitori.

Warga Singapura dan Penduduk Tetap membentuk 25 kes baru.

Menurut MOH, bilangan kes baru dalam masyarakat telah merosot - daripada purata 31 kes sehari kepada purata 25 kes sehari.

Bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat juga berkurangan - daripada purata 20 kes sehari kepada purata 17 kes sehari.

"Kami akan terus memantau dengan teliti perangkaan ini, selain kes-kes yang dikesan menerusi program pemantauan kami," kata MOH.

MOH juga melaporkan bahawa sebab kematian seorang pesakit Covid-19 warga India (Kes 8190), 46 tahun, yang telah meninggal dunia pada Khamis (23 April) sejajar dengan kesan jatuh dari tempat yang tinggi.

Kematian beliau tidak diakibatkan komplikasi virus itu.

MOH juga melaporkan terdapat sembilan kelompok jangkitan baru - Alaunia Lodge di Admiralty Road West, Dormitori SSKBJV di 31A Tanah merah Coast Road, Westlite Juniper di 23 Mandai Estate, Natureland East Coast di 907 East Coast Road, Strand Hotel di 25 Bencoolen Street, 112 Neythal Road, 10 Shaw Road, 2 Sungei Kadut Avenue dan 11 Tuas Avenue 10

Sejauh ini Singapura telah mencatatkan sejumlah 12,075 kes koronavirus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg