Topik diikuti
Pergi ke BHkuMOM: Amah dikhuatri pinjam dari 'tailong' jika majikan diwajib beri izin bagi pinjaman berlesen
MOM: Amah dikhuatri pinjam dari 'tailong' jika majikan diwajib beri izin bagi pinjaman berlesen

Nov 20, 2018 | 5:30 AM
MOM: Amah dikhuatri pinjam dari 'tailong' jika majikan diwajib beri izin bagi pinjaman berlesen
LANGKAH mewajibkan pembantu rumah asing mendapatkan persetujuan majikan sebelum mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen boleh memaksa pekerja itu mendapatkan pinjaman daripada saluran terlarang seperti peminjam tanpa lesen atau 'tailong'.
Atas sebab itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tidak merancang memperkenalkan langkah bagi pembantu rumah asing atau pemberi pinjaman berlesen supaya mendapatkan kebenaran majikan sebelum pinjaman boleh dikeluarkan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia), Cik Low Yen Ling.