Topic followed successfully
Go to BHkuMufti utus surat sahkan muhibah masyarakat Islam dan Yahudi SG
Mufti utus surat sahkan muhibah masyarakat Islam dan Yahudi SG
Mufti utus surat sahkan muhibah masyarakat Islam dan Yahudi SG
MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir telah mengutus surat kepada masyarakat Yahudi di Singapura untuk mengesahkan hubungan muhibah dan damai antara masyarakat Islam dan Yahudi di sini.
Dalam surat yang dihantar kepada Ketua Rabai Mordechai Abergel, Dr Nazirudin melahirkan rasa kesalnya terhadap seorang belia berusia 20 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang serangan ganas di sebuah sinagog di sini.
Beliau berkata perbuatan itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang memelihara kesucian tempat ibadah, baik massjid mahupun sinagog.
"Hanya menerusi semangat perpaduan, tempat seperti ini boleh kekal dilindungi. Mereka yang melindungi tempat-tempat inilah yang membantu di jalan Tuhan, bukan mereka yang mahu memusnahkannya," tulis Dr Nazirudin.
Beliau turut melahirkan penghargaan bagi ikatan persaudaraan yang telah dijalinkan antara masyarakat keagamaan di Singapura.
"Kami semua setuju bahawa keamanan dan keharmonian kaum ialah satu anugerah yang tidak harus diambil mudah atau dikompromi.
"Persamaan antara kita lebih kuat daripada apa-apa perbezaan," tulis Dr Nazirudin.
Kelmarin, Dr Nazirudin bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, dan Ketua Pusat Harmoni Liyana Rosli Asmara menemui KeTua Rabai Mordechai Abergel serta beberapa pemimpin lain masyarakat Yahudi lain di Sinagog Maghain Aboth.

