Topic followed successfully
Go to BHkuMuis bakal umum bila lebih banyak ruang solat Jumaat dibenarkan setelah semak semula perintis PET
Muis bakal umum bila lebih banyak ruang solat Jumaat dibenarkan setelah semak semula perintis PET
Muis bakal umum bila lebih banyak ruang solat Jumaat dibenarkan setelah semak semula perintis PET
MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan menyemak semula usaha perintis selama dua minggu untuk menawarkan lebih banyak ruang solat Jumaat menggunakan ujian praacara (PET), setelah ia berakhir pada 2 Julai.
Muis kemudian akan mengumumkan bagaimana dan bila lebih ruang boleh ditambahkan di lebih banyak masjid, menurut Muis dalam kenyataannya pada Isnin (28 Jun).
Ia turut berkongsi bahawa seramai 96 peratus jemaah yang mendirikan solat Jumaat di keempat-empat masjid - Masjid Mujahidin, Masjid Assyafaah, Masjid Ar-Raudhah dan Masjid Al-Istighfar - yang terlibat dalam percubaan tersebut minggu lalu telahpun divaksin sepenuhnya, sementara 11 yang tidak divaksin sepenuhnya menunjukkan keputusan PET yang sah.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Muis berkata jemaah yang tidak dibenarkan masuk ialah 39.
Sementara itu, tempahan bagi ketiga-tiga sesi solat Jumaat bagi semua masjid itu penuh.
Antara sebab mengapa sejumlah kecil jemaah tidak dibenarkan mendirikan solat Jumaat di masjid pada 25 Jun lalu menurut Muis adalah kerana mereka tidak divaksin sepenuhnya dan tidak memahami keperluan yang ditetapkan.
"Ini termasuk hanya mengambil dos pertama vaksin, atau belum membiarkan vaksin mula berkesan 14 hari setelah dos kedua, atau sama ada mereka dikecualikan daripada PET kerana mereka sedang menjalani ujian rutin di tempat kerja," tambah Muis.

