Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis bangun pelan tingkat kemahiran asatizah, daya tarikan sektor agama

Mar 6, 2020 | 12:12 PM
Dr Maliki Osman mempengerusikan mesyuarat Cofa. FOTO: MUIS
Dr Maliki Osman mempengerusikan mesyuarat Cofa. FOTO: MUIS -

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) sedang membangunkan Pelan Pembangunan Tenaga Kerja Asatizah (AWDP) untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan asatizah, serta daya tarikan sektor keagamaan.

Mengumumkan demikian di Parlimen hari ini (6 Mac), Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), berkata:

"Tahun ini, para asatizah boleh menjangkakan inisiatif pertama di bawah AWDP, iaitu Rangka Kerja Kerjaya dan Kecekapan (CCF).

"Rangka Kerja ini mengetengahkan peranan dan laluan berlainan dalam sektor agama formal serta menyediakan maklumat tentang set kemahiran yang diperlukan."

Dr Maliki menambah bahawa dalam tiga tahun akan datang, Muis akan mengadakan lebih banyak inisiatif di bawah AWDP termasuk garis panduan gaji, program mengenal pasti bakat dan membangunkan pemimpin agama masa depan, serta lebih banyak peluang meningkatkan kemahiran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg